Dialog Jalan Tepat Pulih Keamanan di Asia Barat - MFA

(CRI)Jumaat 15 Mei 2026

Penemuan jalan keluar seawal mungkin bagi menyelesaikan konflik berkenaan akan memberi keuntungan bukan sahaja kepada Amerika Syarikat (AS) dan Iran, bahkan seluruh dunia.

Perkara itu ditegaskan jurucakap Kementerian Luar (MFA) China dalam sidang media pada Jumaat, ketika diminta mengulas mengenai situasi di Iran.

Jurucakap itu berkatapenggunaan kekerasan tidak dapat merungkai sebarang masalah, sebaliknya dialog dan rundingan merupakan jalan penyelesaian yang tepat.

Justeru, pihak terbabit perlu mengekalkan momentum dalam meredakan ketegangan, melakukan dialog dan perundingan serta mencapai formula penyelesaian mengenai isu nuklear Iran dan isu-isu lain dengan mengambil kira keprihatinan semua pihak.

Beliau turut menggesa supaya laluan pelayaran dibuka semula secepat mungkin bagi memastikan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global.

Adalah penting untuk mencapai gencatan senjata yang menyeluruh dan berkekalan bagi memulihkan keamanan di rantau Asia Barat dan Teluk seawal mungkin, katanya.

Video

Berita Berkaitan