Jumlah Perusahaan Pelaburan Asing Baharu Naik 6.8% Empat Bulan Pertama 2026

(CRI)Ahad 24 Mei 2026

Jumlah perusahaan pelaburan asing yang baru ditubuhkan di China pada empat bulan pertama tahun ini meningkat 6.8 peratus tahun ke tahun dengan mencecah 20,000 buah, sedangkan kelulusan modal asing direkodkan RMB287.69 bilion (RM168 bilion).

Untuk perincian, kelulusan pelaburan asing untuk kontrak yang terlaksana mencatat RMB78.88 bilion (RM46 bilion) dalam sektor pembuatan, mencapai RMB204.15 bilion (RM119 bilion) dalam sektor perkhidmatan, dan menokok RMB116.33 bilion (RM68 bilion) dalam industri berteknologi tinggi yang menyaksikan peningkatan 20.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, jumlah perusahaan asing yang beroperasi di China telah meningkat berturut-turut sehingga melebihi 530,000 buah, dengan nilai pelaburan keseluruhan sudah melepasi paras USD3.6 trilion (RM14.3 trilion).

Pada tahun 2025, lebih 8,000 perusahaan asing dilaporkan sudah meningkatkan pelaburan mereka di China, melonjak 10 peratus berbanding tanun sebelumnya.

Dalam empat bulan pertama tahun ini, terdapat lebih 3,000 perusahaan asing telah membuat pelaburan tambahan di negara ini.

Video

Berita Berkaitan