- Lain-lain
Melabur di China Jadi Trend Pasaran Modal Antarabangsa
Sidang tahunan Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China 2026 diadakan di Beijing baru-baru ini, disertai pegawai kanan dari kira-kira 100 syarikat antarabangsa.
Ini meneruskan trend “Pandang ke Timur” yang bermula pada penghujung tahun lepas, manakala “Beralih ke China” juga menjadi perkataan yang seiring disebut dalam laporan media di peringkat antarabangsa.
Seperti kenyataan Perdana Menteri China Li Qiang dalam ucapannya di sidang tahunan tersebut, China komited menjadi “batu asas yang menentu” dan “pelabuhan yang stabil” untuk dunia.
Kepastian dan kestabilan China berpunca daripada pasaran gergasi dan potensi besar di negara ini. Sebagai entiti ekonomi kedua terbesar di dunia, China mempunyai skala pasaran yang amat besar dan potensi yang tinggi. Pihak China dalam sidang tahunan kali ini berjanji akan mengimport lebih banyak komoditi berkualiti tinggi dan bersama pelbagai pihak untuk mendorong pembangunan perdagangan secara optimum dan seimbang.
Kepastian dan kestabilan di China berasal dari keupayaan inovasi yang tinggi. Pada pandangan pelabur asing, China bukan sahaja merupakan “kilang dunia”, tetapi juga tempat inovasi aplikasi di barisan depan di dunia.
Financial Times Britain melaporkan bahawa China akan menjadi medan dan penunjuk arah bagi agen pintar.
Kepastian dan kestabilan China juga berpunca dari keterbukaan yang bertaraf semakin tinggi. Dari operasi kastam khas seluruh pulau di Pelabuhan Perdagangan Bebas (FTP) Hainan ke pelaksanaan “senarai industri yang digalakkan untuk pelaburan asing” edisi 2025, serta pengaturan untuk meningkatkan keterbukaan bertaraf tinggi semasa Rancangan Lima Tahun ke-15. China mengambil siri langkah pragmatik untuk mengeluarkan isyarat jelas bahawa pintu China tidak akan ditutup, sebaliknya akan dibuka lebih luas.
Untuk rekod, sebanyak 8,631 syarikat pelaburan asing ditubuhkan di China pada Januari hingga Februari lalu, angka itu meningkat 14 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. “Melabur di China adalah melabur untuk masa depan”, ini sudah menjadi konsensus pelabur asing.
- Perusahaan AS Dialu-alu Manfaatkan Peluang Pembangunan China
- Menteri Perdagangan China Terima Kunjungan CEO Apple
- Kelulusan Pelaburan Asing di China Sebanyak RMB161.45 Bilion
- AmCham: China Tetap Magnet Pelaburan Asing
- Hampir 90% Syarikat Puas Hati terhadap Persekitaran Perniagaan China
- Li Qiang Hadir Majlis Penutup Tirai Sidang Jawatankuasa Usahawan China-Britain
- Pelaburan Langsung China di Luar Negara Naik 7.1 Peratus Tahun 2025
- China Kemas Kini Katalog Industri Galak Pelaburan Asing
- Kelulusan Pelaburan Asing di China bagi November Naik 26.1%
- Seperti 'Pelari Maraton' Terus Memacu Urus Niaga di China




