Pembangunan China Beri Kestabilan dan Kepastian kepada Dunia - Menteri Perdagangan China

(CRI)Rabu 25 Mac 2026

Menteri Perdagangan China Wang Wentao menerima kunjungan delegasi syarikat anggota Dewan Perniagaan Amerika Syarikat (AS) - China yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Rajesh Subramaniam dan Presiden Sean Stein.

Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan mengenai hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dan AS, serta pembangunan syarikat AS di China.

Wang Wentao menyatakan bahawa pembangunan ekonomi China memberikan kestabilan dan kepastian kepada dunia yang berdepan ketidaktentuan pada masa ini.

Beliau berkata, garis panduan Rancangan Lima Tahun ke-15 China bukan sahaja merupakan cetak biru bagi pembangunan China, tetapi juga peluang baharu kepada pembangunan dunia.

China mengalu-alukan syarikat dari AS untuk terus meneroka pasaran di negara ini, demi mewujudkan pembangunan dan kemajuan bersama.

Wakil-wakil kalangan perniagaan AS menyatakan bahawa komunikasi berterusan dan praktikal antara kerajaan AS dan China amat penting, ia akan memberikan jangkaan yang stabil untuk syarikat.

Perusahaan AS juga menganggap pihak China sebagai pasaran strategik yang tidak boleh digantikan dan rakan untuk jangka panjang.

Mereka turut menzahirkan kesediaan untuk mempergiat kerjasama dengan China, demi mencapai kemenangan bersama.

Video

Berita Berkaitan