- Lain-lain
Kumpulan Pertama Barang Bantuan Kemanusiaan China Tiba di Venezuela
![]() |
Kumpulan pertama barang bantuan kemanusiaan yang disalurkan kerajaan China kepada Venezuela tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Simón Bolívar, dekat Caracas, ibu negara Venezuela,pada Isnin waktu tempatan.
Majlis penyerahan barang bantuan tersebut dihadiri Menteri Luar Venezuela Yván Gil Pinto dan Duta Besar China ke negara itu, Lan Hu.
Barang bantuan tersebut termasuk khemah, generator dan lain-lain.
Sumbangan ini amat penting bagi membantu kelangsungan hidup mereka yang terjejas dan kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi tersebut.
Ia sekali gus mencerminkan hubungan perkongsian strategik dalam apa jua keadaan cuaca yang semakin erat antara kedua-dua negara.
Untuk rekod, gempa yang menggegarkan Venezuela pada 24 Jun lalu merupakan gempa bumi yang paling dahsyat pernah berlaku di negara itu dalam tempoh 100 tahun.
Gempa bermagnitud 7 berlaku sebanyak dua kali dalam tempoh satu minit.
Setakat ini, seramai 3,342 orang dilaporkan maut manakala 16,740 lagi cedera.
![]() |
- China Hantar Barang Bantuan Kumpulan Pertama ke Venezuela
- Syarikat China Sumbang Lebih 120 Tan Barangan kepada Venezuela
- China Sedia Beri Sokongan kepada Venezuela
- Xi Ucap Takziah Gempa Kuat Gegar Venezuela
- UNSC Dijadual Adakan Mesyuarat Tergempar, Bincangkan Situasi Venezuela
- Menteri Luar China, Venezuela Adakan Perbualan Telefon
- Utusan Khas Presiden Xi Hadiri Upacara Angkat Sumpah Presiden Baharu Venezuela
- Xi Ucap Tahniah kepada Maduro yang Terpilih Lagi sebagai Presiden Venezuela
- Xi, Maduro Bertukar Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik China-Venezuela
- China, Venezuela Naiktaraf Hubungan kepada Perkongsian Strategik Sepanjang Masa






