Laporan 'Kritik Baharu Keputusan Kes Timbang Tara LCS' Disiarkan

(CRI)Isnin 13 Julai 2026

Laporan bertajuk 'Kritik Baharu Keputusan Kes Timbang Tara Laut China Selatan (LCS)' yang disiarkan pada Isnin sekali lagi mendedahkan kesilapan serius keputusan itu dari segi tafsiran dan pemakaian undang-undang, pengesahan fakta serta penerimaan bukti.

Laporan itu turut membantu negara-negara di dunia untuk memahami dan melihat lebih jelas bahaya keputusan kes timbang tara tersebut.

Ia sekali gus membuktikan tindakan China menolak keputusan tersebut adalah untuk melindungi hak dan kepentingan sendiri, menjamin keamanan dan kestabilan serta mempertahankan kedaulatan undang-undang antarabangsa.

Laporan berkenaan disiarkan sempena Dialog Meja Bulat mengenai Keselamatan LCS yang berlangsung di Hong Kong pada pagi Isnin.

Sesi dialog itu disertai wakil dan pakar dalam bidang undang-undang dari pelbagai negara dan wilayah.

Video

Berita Berkaitan