China Bantah Kenyataan Jepun Berkaitan 'Keputusan Kes Timbang Tara LCS'

(CRI)Isnin 13 Julai 2026

China mengemukakan bantahan rasmi kepada Jepun berhubung kenyataan menteri luar negara itu mengenai Laut China Selatan (LCS).

Bantahan itu dibuat susulan Menteri Luar Jepun Toshimitsu Motegi membangkitkan 'keputusan kes timbang tara LCS' yang dikeluarkan10tahunlalu serta penyertaan Tokyo dalam satu kenyataan bersama dengan beberapa negara lain.

Kementerian Luar China (MFA) pada Ahad memanggil ketua menteri Kedutaan Jepun untuk menyampaikan bantahan dan ketidakpuasan terhadap tindakan tersebut.

Pihak China menegaskan bahawaJepun mempunyai tanggungjawab sejarah dalam isu LCS dan tidak pernah menyelesaikannya, maka tidak layak menuding jari dalam hal itu.

Tindakan dan kenyataan Jepun itu mencabar orde antarabangsa pasca perang serta prinsip kedaulatan undang-undang antarabangsa.

Jepun juga dilihat mengamalkan dwistandard, sengaja menimbulkan kekacauan serta menjejaskan keamanan dan kestabilan di LCS, yang bertentangan dengan kepentingan dan aspirasi bersama negara-negara serantau.

Video

Berita Berkaitan