'Keputusan Kes Timbang Tara LCS' Contoh Buruk Pelanggaran Undang-undang Antarabangsa: Pakar

(CRI)Selasa 14 Julai 2026

Laporan bertajuk 'Kritikan Baharu Keputusan Kes Timbang Tara Laut China Selatan (LCS)' disiarkan sempena Dialog Meja Bulat mengenai Keselamatan LCS yang berlangsung di Hong Kong pada pagi Isnin.

Laporan itu telah menganalisis dan membuat penilaian terhadap kesan 'keputusan kes timbang tara LCS' yang dibuat pada 10 tahun lalu.

Rata-rata pakar yang menghadiri sesi dialog tersebut berpendapat, fakta membuktikan bahawa 'keputusan' itu tidak pernah dan tidak mungkin membawa kepada kedamaian dan kestabilan LCS, sebaliknya mendorong kepadamasalahdan pergolakan membabitkanperairan berkenaan.

Malah ia dianggap sebagai halangan terbesar kepada pelaksanaan berkesan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di LCS (DoC) serta usaha mendorong rundingan mengenai Kod Tatalaku di LCS (CoC).

Mereka juga menyifatkan 'keputusan' itu sebagai contoh buruk pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan