- Lain-lain
China, Kemboja Komited Perkasa Kerjasama

Perdana Menteri China Li Qiang mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Kemboja Hun Manet di Beijing pada Khamis.
Li dalam pertemuan itu menzahirkan kesediaan China untuk mendorong kerjasama 'intan enam sisi' dengan Kemboja, mempergiat projek 'koridor pembangunan perindustrian' dan 'koridor limpahan ikan dan beras', di samping memperkasa kerjasama melibatkan infrastruktur, perdagangan, tenaga baharu, kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital.
Beliau menyarankan kedua-dua pihak meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan, kebudayaan dan media, selain bersinergi membanteras jenayah perjudian dalam talian dan penipuan telekomunikasi secara tuntas.
Tambah beliau, China dan Kemboja hendaklah meningkatkan penyelarasan pendirian, mempertahankan kepentingan bersama serta berganding bahu memelihara sistem perdagangan multilateral dan keadilan antarabangsa.
Hun Manet berkata Kemboja bersedia merapatkan pertukaran peringkat tinggi dengan China sambil mempergiat kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, infrastruktur, tenaga baharu, kesalinghubungan dan sosiobudaya.
Kemboja juga komited memperkasa kerjasama keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang dengan China bagi membanteras perjudian dalam talian dan penipuan telekomunikasi, ujar beliau.
- Pelebaran Jalan Biayaan China Rancakkan Ekonomi di Kemboja
- China, Kemboja Ikrar Perdalam Kerjasama
- Wang Yi Ziarahi Raja dan Bonda Ratu Kemboja
- Hun Sen Bertemu dengan Wang Yi
- Menteri Luar China, Kemboja Berbincang di Phnom Penh
- China, Kemboja Anjur Mesyuarat '2+2' Pertama di Phnom Penh
- Kemboja Laksana Dasar Pengecualian Visa kepada Warga China
- China Beri Sumbangan Signifikan Buat Pertumbuhan Ekonomi Serantau, Global – Hun Sen
- Lapangan Terbang Baharu Kemboja Mula Operasi
- Xi Terima Kunjungan Perdana Menteri Kemboja




