- Lain-lain
Xi, Lula Adakan Perbualan Telefon, Tekad Perkukuh Kerjasama BRICS dan Selatan Global
China dan Brazil perlu bergabung tenaga mewujudkan pembangunan berkualiti tinggi 'BRICS Raya' dan merancakkan kerjasama Selatan Global.
Demikian menurut Presiden China, Xi Jinping ketika mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva pada Isnin pagi.
Xi menyatakan bahawa pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Brazil dan penyelarasan strategi pembangunan kedua-dua negara mencapai kemajuan positif dalam beberapa tahun lalu, memberi limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, sekali gus memberikan kestabilan kepada situasi antarabangsa yang tidak menentu.
Sementara itu, Lula menyatakan bahawa Brazil komited untuk mempergiat kerjasama dengan China dalam sektor kecerdasan buatan (AI) dan sumber galian.
Mengulas lanjut beliau berkata, Brazil juga bersedia untuk memperkukuh koordinasi dengan China dalam mekanisme multilateral, memelihara kewibawaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), merapatkan solidariti BRICS, mempertahankan multilateralisme, menentang politik kuasa, menyelesaikan pertikaian melalui dialog dan rundingan, serta memelihara keadilan dan keamanan dunia.
- Menteri Luar China, Brazil Berdialog di Beijing
- Presiden China, Brazil Adakan Perbualan Telefon
- China Kini Pembekal Baja Terbesar Brazil
- Xi, Lula Adakan Perbualan Telefon, Tekad Perkukuh Kerjasama BRICS dan Selatan Global
- Wang Yi Adakan Perbualan Telefon Bersama Penasihat Kanan Khas Presiden Brazil
- Pusat Penyelidikan Kerjasama China-Brazil Dibuka di Rio de Janeiro
- Peng Liyuan dan Wanita Pertama Brazil Lawat NCPA
- Presiden Xi Adakan Rundingan dengan Presiden Brazil
- Presiden Brazil Lawat China Bermula Sabtu
- China, Brazil Ikrar Majukan Kerjasama 'BRICS Raya'




