- Lain-lain
Ilham dari Pengalaman Pembangunan Yiwu: 'Pastikan Tiada Seorang Pun Tercicir' dalam Masyarakat Makmur
Presiden China, Xi Jinping ketika merumuskan pengalaman pembangunan Yiwu pernah memberi arahan yang berbunyi bahawa "memberi perhatian kepada penyelarasan dalam pembangunan kawasan bandar dengan kawasan luar bandar, mengembangkan pertanian melalui industri, menguatkan pertanian melalui perdagangan, menekankan peranan kawasan bandar sebagai peneraju dalam pembangunan kawasan luar bandar, serta merancakkan landskap pembangunan kawasan bandar dan kawasan luar bandar pada satu masa".
Kesemua ini terbukti sebagai langkah yang sangat kondusif bagi pembangunan Yiwu.
Selama 20 tahun, Yiwu melakar kecemerlangan dalam kerangka skim pembangunan tempatan yang digariskan Xi. Jurang perbezaan antara kawasan bandar dan luar bandar berkurangan dalam bidang infrastruktur dan perkhidmatan awam. Kawasan bandar di Yiwu telah diperluas daripada 56 kilometer persegi pada tahun 2006 kepada 116 kilometer persegi pada masa sekarang, sedangkan kadar urbanisasi mencapai 83.7% dan pendapatan boleh guna purata penduduk luar bandar mencecah RMB57,965 (RM35,016).
Yiwu yang sinonim dengan perdagangan komoditi kecil (kebanyakan merupakan yang berbentuk gadget) bukan sahaja gah dengan kedudukannya sebabagi satu hab industri yang menghubungkan kawasan bandar dengan kawasan luar bandar, malah turut mempertingkat akses ke sektor yang lebih luas mengikut rantaian industri yang semakin lengkap.
Dengan memanfaatkan dominasinya pada aspek penerimaan tempahan, Yiwu sebagai hab perdagangan komoditi kecil yang terbesar di dunia, semakin relevan dengan pembangunan di 110 jalur industri di seluruh negara melibatkan 2.1 juta perusahaan kecil dan sederhana serta 32 juta pekerja.
Menurut Timbalan Pengarah Institut Kajian China Kontemporari Akademi Sains Sosial China, Song Yuehong, perkembangan bersatu antara kawasan bandar dan kawasan luar bandar adalah kecenderungan sewajarnya dalam modenisasi ala China. Usaha hendaklah dilakukan untuk terus memberi tumpuan kepada pembangunan industri luar bandar dan perkhidmatan awam, dan membangunkan industri istimewa yang mampu mendorong pekerjaan baik di bandar mahupun di luar bandar hingga dapat meneroka jalan menuju kemakmuran bersama mengikut acuan tersendiri.
- Yiwu Saksikan Tempahan Melonjak Menjelang Piala Dunia
- Yiwu Terima Tempahan Semakin Banyak di Ambang Kejohanan Piala Dunia
- Express Yiwu-Madrid Sepanjang "Laluan Sutera" Tunjukkan Prestasi Konsisten, Pantas dan Efisien
- ‘Pasar Raya Dunia’ Yiwu Sambung Perdagangan Dengan AS Sambil Kembangkan Capaian Global
- ‘Pasar Raya Dunia’ Yiwu Lancarkan Susun Balik Perdagangan Baharu
- Produk Tema Tahun Ular Laris di “Pasar Raya Dunia”
- Hab Komoditi Kecil Yiwu Hubung dengan Pasaran Global
- Komoditi Dari Yiwu Capai Pasaran Besar Menjelang Sukan Olimpik Paris
- Pasaran Borong Yiwu Makmur Didorong Sukan Olimpik Paris
- Kenali Beixiazhu, Kampung Penstriman Langsung E-dagang No.1 di China




