Perdagangan Luar China Tumbuh 19.2 Peratus pada Julai

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 07 Ogos 2026

Sebuah lengan robotik bekerja di bengkel Harbin Turbine Co. di Harbin, provinsi Heilongjiang, timur laut China, 23 April 2026. (Xinhua/Wang Song)

Sebuah lengan robotik bekerja di bengkel Harbin Turbine Co. di Harbin, provinsi Heilongjiang, timur laut China, 23 April 2026. (Xinhua/Wang Song)

Perdagangan luar China dalam kiraan berasaskan yuan tumbuh 19.2 peratus tahun ke tahun Julai lepas, menurut data Pentadbiran Am Kastam pada Jumaat.

Statistik menunjukkan bahawa keseluruhan nilai barangan import dan eksport kekal di atas paras 4 trilion yuan untuk bulan kelima berturut-turut, kali ini mencecah 4.66 trilion yuan. Eksport naik 17.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, manakala import meningkat 21.2 peratus.

Dalam tujuh bulan pertama tahun ini, jumlah perdagangan luar barangan mencatat 30.13 trilion yuan, bertambah sebanyak 17.3 peratus tahun ke tahun.

Eksport produk berteknologi tinggi termasuk robot perindustrian dan pencetak 3D melonjak lebih 50 peratus tahun ke tahun bulan lalu, melebihi kadar pertumbuhan 39 peratus yang direkodkan pada separuh pertama tahun ini.

Video

Berita Berkaitan