Perdagangan China Catat Prestasi Baik Tujuh Bulan Pertama 2026

(CRI)Jumaat 07 Ogos 2026

Prestasi perdagangan luar China kekal kukuh dengan jumlah import dan eksport barangan pada tujuh bulan pertama tahun ini meningkat 17.3 peratus kepada 30.13 trilion yuan (RM18.27 trilion), menurut Pentadbiran Am Kastam China (GACC) pada Jumaat.

Daripada jumlah itu, nilai eksport dicatat berjumlah 17.44 trilion yuan (RM10.58 trilion) dengan kadar pertumbuhan tahunketahun sebanyak 14 peratus, manakala import pula menokok 22 peratus kepada 12.69 trilion yuan (RM7.7 trilion).

GACC memaklumkan bahawa jumlah perdagangan China-ASEAN mencatat pertumbuhan memberangsangkan apabila menyaksikan peningkatan sebanyak 20 peratus dalam tempoh Januari hingga Julai.

Video

Berita Berkaitan