Rata-rata Dua dari Tiga Kereta Penumpang Terjual di China Ialah BEV

(CRI)Selasa 18 Ogos 2026

Jumlah pengeluaran bateri litium-ion China menokok pada kadar 58.8 peratus pada bulan Julai, didorong peningkatan permintaan kenderaan elektrik bateri (BEV) dan sistem penyimpanan tenaga alternatif.

Perkara itu dimaklumkan pegawai Biro Statistik Negara (NBS) dalam sidang media pada Isnin.

Pada bulan Julai juga, nilai tambah industri pembuatan bahan bioasas meningkat 20.6 peratus dari tahun ke tahun.

Statistik juga menunjukkan China berjaya mencapai pertumbuhan perindustrian yang lebih berkualiti dengan penggunaan tenaga yang lebih rendah.

Dalam pada itu, penggunaan tenaga bagi per unit nilai tambah industri berskala besar menurun 3.5 peratus pada tujuh bulan pertama.

Di samping itu, kadar penembusan BEV untuk kegunaan penumpang melebihi 60 peratus dalam sektor runcit selama empat bulan berturut-turut, dan mencecah 65.1 peratus pada bulan Julai.

Ini bermakna rata-rata dua daripada tiga kereta penumpang yang terjual di China buat masa sekarang, merupakan BEV.

Video

Berita Berkaitan