Kenderaan Bermotor di China Cecah 476 Juta Unit Separuh Pertama 2026

(CRI)Rabu 15 Julai 2026

Setakat akhir Jun 2026, jumlah kenderaan bermotor berdaftar di China mencecah 476 juta unit, dengan 371 juta daripadanya adalah kereta.

Dalam tempoh sama, jumlah kenderaan tenaga baharu (NEV) dicatat sebanyak 48.97 juta unit, menyumbang 13.19 peratus daripada jumlah keseluruhan kereta.

Daripada jumlah tersebut, 33.675 juta unit merupakan kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV).

Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 5.195 juta unit NEV didaftarkan buat kali pertama, mewakili 49.42 peratus daripada keseluruhan pendaftaran kereta baharu di China.

Video

Berita Berkaitan