Jualan Lori Berat Tenaga Baharu China Catat Peningkatan Ketara

(CRI)Rabu 29 Julai 2026

Jualan lori berat tenaga baharu di China menyaksikan peningkatan drastik dengan menokok 182 peratus pada tahun 2025.

Baru-baru ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama agensi kerajaan lain mengeluarkan pelan bagi menggalakkan penggunaan lori berat tenaga baharu.

Pelan itu menyasarkan jumlah lori berat tenaga baharu di seluruh negara mencecah 1.6 juta unit menjelang 2030.

China juga merancang membina 30,000 kilometer laluan pengangkutan sifar karbon, selain membina lebih 3,000 stesen pengecasan dan pertukaran bateri untuk lori berat berkuasa elektrik.

Video

Berita Berkaitan