China Perkenal Standard Keselamatan untuk Sistem Pemanduan Berautonomi

Sebuah teksi pemanduan berautonomi Pony.ai dilihat di daerah Nanshan, Shenzhen, provinsi Guangdong, selatan China, 28 Mac 2026. (Xinhua/Liu Mengqi)

Sebuah teksi pemanduan berautonomi Pony.ai dilihat di daerah Nanshan, Shenzhen, provinsi Guangdong, selatan China, 28 Mac 2026. (Xinhua/Liu Mengqi)

China telah memperkenalkan satu standard wajib di peringkat negara berkaitan syarat-syarat keselamatan sistem pemanduan berautonomi, maklum Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) pada Selasa.

Diluluskan oleh Pentadbiran Kawal Selia Pasaran Negara bersama Pentadbiran Pemiawaian Negara, standard baharu ini dijadualkan berkuat kuasa pada 1 Julai 2027.

Ia berkuat kuasa ke atas kenderaan kategori M dan N yang dilengkapi dengan sistem pemanduan Tahap 3 dan Tahap 4, namun tidak meliputi sistem letak kereta automatik, menurut MIIT.

Memetik kementerian itu lagi, pengilang kenderaan dikehendaki meningkatkan mekanisme jaminan keselamatan dalam seluruh kitaran hayat produk selain menjalankan ujian simulasi, lapangan dan jalan pada fasa pembangunan dan pengesahan sistem pemanduan berautonomi.

Standard juga ini mensyaratkan tahap kemampuan yang tinggi dalam menjalankan tugas-tugas pemanduan dinamik, sambil memperincikan keperluan interaksi manusia-mesin serta notifikasi pengguna untuk mengelakkan penyalahgunaan.

Bagi sistem Tahap 3, kenderaan mesti dapat memantau kesediaan pemandu untuk mengambil alih kawalan.

Pada masa akan datang, pihak kementerian akan mempertingkatkan pengurusan akses pasaran untuk produk kenderaan bersambungan pintar, menambah baik kaedah ujian sistem pemanduan berautonomi, dan membina mekanisme kawal selia yang lengkap bagi memastikan perkembangan berkualiti tinggi sektor ini.

Video

Berita Berkaitan