- Lain-lain
China Usaha Perketat Peraturan Kitar Semula Bateri NEV

Orang ramai melawat sebuah pameran kereta di Jinan, provinsi Shandong, timur China, 10 April 2026. (Foto oleh Hao Xincheng/Xinhua)
Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China pada Khamis lalu menggesa langkah undang-undang diambil untuk mengawal pengitaran semula bateri kenderaan tenaga baharu (NEV), memandangkan kebanyakannya sudah sampai masa untuk ditukar.
Pada satu mesyuarat yang memfokuskan pengitaran semula bateri NEV, MIIT menyeru supaya siasatan dibuat dan hukuman berat dikenakan ke atas kegiatan haram termasuk pelupusan tanpa kebenaran, pengeluaran produk substandard menggunakan bateri yang tamat jangka hayat, kegagalan memaklumkan asal usul bateri, membuka bateri secara haram sehingga mencemar alam sekitar, serta operasi tanpa lesen.
Menurut jangkaan kementerian, jumlah bateri yang tamat jangka hayat akan melebihi 1 juta tan setahun menjelang 2030. Mesyuarat terbabit menekankan keperluan mendesak untuk mempercepat pembentukan sebuah sistem kitar semula bateri yang munasabah.
Teknologi digital akan digunakan untuk memantau aliran bateri dengan lebih cekap dan memastikan syarikat di seluruh rantaian industri menunaikan tanggungjawab masing-masing.
MIIT juga menggesa kolaborasi lebih mendalam antara persatuan industri, syarikat dan badan penyelidikan utama untuk menyegerakan perkembangan dan penggunaan teknologi dan peralatan canggih, meneroka model perniagaan baharu, dan membina asas yang kukuh bagi perkembangan berkualiti tinggi industri tersebut.
- Jumlah Kemudahan Pengecasan Kenderaan Elektrik di China Mencecah 21.955 juta Unit
- Pengeluaran, Jualan dan Pengeksportan BEV China Terus Meningkat pada April
- Stesen Cas Super Tesla Mula Operasi di Barat Daya China
- Pengeluar Kereta China Kali Pertama Dahului Jualan Global
- China Ungguli Senarai Jualan Kereta Global - Media Jepun
- China Sasar 100,000 Kenderaan Sel Bahan Api Menjelang 2030
- Pembuatan Kereta Kembang Maju di Pekan Luoxi
- Rekod Baharu: Lebih 450,000 Kenderaan Dieksport Melalui Horgos
- China Operator Rangkaian Pengecas EV Terbesar
- China Manfaatkan Bateri EV Lama Sebagai ‘Lombong Bandar’ Strategik




