Prasarana EV China Berkembang Pesat Tujuh Bulan Pertama

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 25 Ogos 2026

Prasarana pengecasan kenderaan elektrik (EV) China terus berkembang maju dengan pesat, melihat kepada bilangan keseluruhan lokasi yang mencecah 23.68 setakat hujung Julai, naik 41.9 peratus.

Memetik data Pentadbiran Tenaga Negara pada Isnin, daripada jumlah tersebut, sebanyak 5.099 juta ialah kemudahan pengecasan awam, iaitu 21.3 peratus lebih banyak berbanding setahun sebelum.

Dalam tempoh sama, kemudahan pengecasan peribadi pula melonjak 48.8 peratus tahun ke tahun kepada 18.58 juta unit.

Data tersebut, yang disusun daripada pemantauan infrastruktur dan platform perkhidmatan berkenaan, memperlihatkan bagaimana rangkaian sokongan EV China terus-menerus diperluas seiring ledakan dalam jualan EV.

Jualan kenderaan tenaga baharu (NEV) China pada Julai 2026 mewakili lebih daripada 60 peratus jualan bulanan kereta baharu buat julung kalinya, seperti yang ditunjukkan oleh data industri awal bulan ini.

Pada bulan Julai sahaja, output dan jualan NEV masing-masing melebihi 1.57 juta dan 1.56 juta unit, naik 26.8 peratus dan 23.7 peratus tahun ke tahun, lapor Persatuan Pengilang Kenderaan China.

Seiring peningkatan berterusan dalam jualan NEV, China turut mempercepat penambahbaikan rangkaian prasarana pengecasan untuk memenuhi permintaan yang tumbuh pesat.

Pada Oktober 2025, China melancarkan pelan tindakan tiga tahun untuk membaiki infrastruktur terbabit agar dapat membentuk sebuah rangkaian melibatkan 28 juta kemudahan pengecasan di seluruh negara dengan kapasiti pengecasan awam melebihi 300 juta kilowatt menjelang hujung 2027.

China menyasarkan syer NEV yang lebih besar dalam jumlah keseluruhan kenderaan, dilaporkan hingga 30 peratus menjelang 2030, berdasarkan sebuah pelan tindakan puncak karbon dalam tempoh Pelan Lima Tahun ke-15 (2026-2030).

Video

Berita Berkaitan