Kendalian Kargo Pelabuhan Nanning Saksi Lonjakan Besar September

(CRI)Rabu 14 Oktober 2026

Terusan Pinglu yang merupakan projek ikonik sepanjang laluan darat-laut baharu di bahagian barat China mula beroperasi secara rasmi pada September tahun ini.

Pengoperasian laluan tersebut bukan hanya kondusif bagi peningkatan tahap keterbukaan wilayah Guangxi dari arah laut, malah menjadikan Pelabuhan Nanning, satu pelabuhan sungai dalaman sebelum ini yang terletak di titik permulaan Terusan Pinglu berubah menjadi hab pengangkutan gabungan sungai-laut.

Dalam tempoh hampir sebulan lalu sejak dibuka, Terusan Pinglu telah menyaksikan pencapaian yang memberangsangkan dalam pengangkutan kargo.

Untuk rekod, jumlah pengendalian kargo di Pelabuhan Nanning pada September meningkat 145 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan mencatat 668,400 tan.

Dalam kata yang lain, jumlah pengangkutan untuk tempoh sebulan sekarang ini sama dengan yang diselesaikan dalam lebih dua bulan pada masa dahulu.

Sebelum Terusan Pinglu beroperasi, perkapalan yang bertolak dari Pelabuhan Nanning hanya boleh belayar ke timur melalui Sungai Xi.

Setelah Terusan Pinglu beroperasi, perkapalan boleh terus belayar ke Teluk Beibu, kemudian mengakses ke Pelabuhan Yangpu di provinsi Hainan serta negara-negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Malaysia, dan Thailand.

Kargo dari luar negara juga boleh sampai ke Pelabuhan Nanning dengan lebih cepat, untuk kemudian dihantar ke kawasan pedalaman bahagian barat daya China.

China akan menunjukkan wajah baharu dalam landskap logistik, dengan adanya Terusan Pinglu.

Video

Berita Berkaitan