China Catat 192 Juta Aliran Keluar Masuk Negara pada Suku Ketiga 2026

(CRI)Rabu 21 Oktober 2026

Kira-kira 192 juta individu dilaporkan keluar masuk negara China sepanjang suku ketiga tahun 2026, meningkat 7.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, menurut Jabatan Pentadbiran Imigresen Kebangsaan (NIA) China pada Selasa.

Antaranya, jumlah pengembara asing yang masuk China dengan menikmati dasar bebas visa mencapai 8.99 juta orang, mewakili 77.5 peratus daripada jumlah keseluruhan, dan angka itu meningkat 24.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Selain itu, menurut NIA, sepuluh negara yang merekodkan jumlah pelancong tertinggi ke China adalah Rusia,Korea Selatan, Vietnam, Malaysia, Amerika Syarikat, Mongolia, Jepun, Singapura, Thailand, dan Australia.

Pelancong dari sepuluh negara tersebut menyumbang kira-kira 63.9 peratus daripada jumlah keseluruhan pelancong asing ke China.

Video

Berita Berkaitan