- Lain-lain
Li Qiang Bertemu Putin di St. Petersburg

Perdana Menteri China, Li Qiang menghadiri pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di St. Petersburg pada Rabu.
Dalam pertemuan itu, Li berkata China bersedia meningkatkan kerjasama dengan Rusia untuk memanfaatkan kelebihan ekonomi yang saling melengkapi dan mengekalkan momentum pembangunan yang positif antara kedua-dua pihak.
Ini termasuk mengukuhkan kerjasama pratikal dalam sektor tenaga, sumber asli, perdagangan, pelaburan dan pengangkutan dalam mencapai lebih banyak hasil positif, sekali gus menggalakkan kemakmuran bersama antara kedua-dua negara.
Menurut Li, kedua-dua pihak juga perlu menjayakan "Tahun Pendidikan China-Rusia" serta terus memperdalam pertukaran dan kerjasama dalam bidang kebudayaan, pelancongan, sukan dan belia bagi meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.
Li turut menyatakan bahawa unilateralisme dan hegemonisme semakin berleluasa dalam landskap antarabangsa ketika ini.
Justeru, beliau berkata China bersedia memperkukuh komunikasi dan penyelarasan dengan Rusia berhubung isu-isu utama, selain meningkatkan kerjasama dalam pelbagai hala seperti Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan BRICS.
Ujar Li, usaha berkenaan bertujuan untuk menyatukan lebih banyak kekuatan dalam kalangan negara Global South bagi mempertahankan kepentingan bersama, serta menegakkan keadilan dan kesaksamaan antarabangsa.
Sementara itu, Putin pula menyatakan hubungan Rusia-China dibinaberlandaskan prinsip kesaksamaan, saling menghormati,manfaat bersama dan mengambil kira kepentingan masing-masing tanpa dipengaruhi sebarang perubahan keadaan antarabangsa, dan tidak terganggu oleh pihak ketiga.
Menurutnya, China sentiasa menjadi rakan paling rapat dan paling dipercayai Rusia, sama ada pada masa lalu, masa kini mahupun masa hadapan.
- China, Rusia Tingkatkan Penyelarasan dalam Kerangka Pelbagai Hala
- China, Rusia Ikrar Perkasa Kerjasama Maritim
- Ding Xuexiang Berjumpa Presiden Rusia Vladimir Putin
- Ding Xuexiang Hadir Sidang Pleno EEF ke-11 di Rusia
- China Mahu Lonjakkan Perkongsian Strategik Komprehensif dengan Rusia - MFA
- Xi Jinping Bertemu dengan Vladimir Putin
- Tentera Laut China, Rusia Adakan Latihan Bersama "Joint Sea 2026"
- Naib Presiden China Bertemu Putin
- China, Rusia Eratkan Kerjasama dalam Bidang Legislatif
- Chen Wenqing akan Hadir Persidangan Keselamatan Antarabangsa, Lawat Rusia dan Kazakhstan




