CCG Kutip Sampah Laut Dihasilkan Kapal Filipina "Bersarang" di Terumbu Ren'ai

(CRI)Jumaat 23 Oktober 2026

Armada Kapal Dong'an milik Pengawal Pantai China (CCG) menemukan sejumlah besar sampah terapung di permukaan laut ketika menjalankan rondaan penguatkuasaan undang-undang berhampiran Terumbu Ren'ai, baru-baru ini.

Menurut CCG, antara sampah yang ditemukan seperti tong minyak besar, botol plastik, kertas bungkusan, tali kabel terbuang dan sampah lain di perairan sekitar kapal "BRP Sierra Madre" Filipina yang "bersarang" secara haram di Terumbu Ren'ai, China.

Susulan itu, CCG telah mengerahkan beberapa bot untuk melakukan kerja-kerja pembersihan sampah di perairan berkenaan.

Dilaporkan, masih terdapat beberapa individu yang tinggal di atas kapal "BRP Sierra Madre" dan didakwa sering membuang pelbagai jenis sampah ke laut secara berterusan sejak sekian lama.

Perbuatan seumpama itu disifatkan sebagai tindakan yang menjejaskan alam sekitar marin secara serius, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan aktivis pemuliharaan alam sekitar.

Video

Berita Berkaitan