IAEA Perlu Hentikan Perbahasan Isu Nuklear Iran

(CRI)Sabtu 24 Oktober 2026

Naib wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Sun Lei, semasa berucap di Perhimpunan Agung PBB untuk perbahasan "Laporan Tahunan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) " menyatakan bahawa IAEA perlu menghentikan perbahasan terhadap isu nuklear Iran.

Sun berkata, isu nuklear Iran akhirnya harus diselesaikan melalui saluran diplomatik, dan menggunakan kekerasan serta tekanan sekatan hanya akan memburukkan lagi pertelingkahan.

Menurut Sun, Resolusi No.2231 Majlis Keselamatan PBB yang mengesahkan Pelan Tindakan Bersama Menyeluruh mengenai isu nuklear Iran telah tamat tempoh, Majlis Keselamatan dan IAEA perlu menghentikan perbahasan isu nuklear Iran, dan Ketua Pengarah agensi itu perlu menghentikan penyerahan laporan berkenaan.

Video

Berita Berkaitan