- Lain-lain
Xi Terima Kunjungan Presiden Konfederasi Switzerland, Parmelin

Presiden China Xi Jinping menerima kunjungan Presiden Konfederasi Switzerland Guy Parmelin di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Jumaat petang.
Xi mengatakan China bersedia bersama Switzerland mempertahankan keterbukaan, mengeratkan kerjasama, mendorong globalisasi ekonomi yang inklusif sekaligus menambah keyakinan dan kepastian untuk kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dan Eropah serta pembangunan ekonomi sejagat.
Xi berkata, Switzerland sebagai teladan yang penting dalam hubungan ekonomi dan perdagangan China-Eropah sejak sekian lama, diharap memainkan peranan yang proaktif untuk mendorong pembangunan perdagangan China-Eropah ke arah yang seimbang dan mantap.
Dalam pada itu, Parmelin mengatakan tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 terjalinnya hubungan perkongsiaan strategik inovatif Switzerland-China. Pihaknya memberikan perhatian yang tinggi tentang peranan positif China dalam hal ehwal antarabangsa dan bersedia bersama China untuk memperkasakan koordinasi, mempertahankan amalan multilateralisme, memelihara perdagangan bebas sekaligus menyumbang kepada pembangunan, kemakmuran, kedamaian dan kestabilan dunia.
- China, Switzerland Umum Penamatan Rundingan Penaiktarafan FTA
- Xi Ucap Takziah Kepada Presiden Switzerland, Susulan Kebakaran di Valais
- Xi Utus Tahniah kepada Presiden Baharu Switzerland
- Xi Utus Tahniah kepada Presiden Baharu Switzerland
- Wang Yi Bakal Lawat Itali, Switzerland
- Xi, Keller-Sutter Tukar Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-75 Hubungan Diplomatik
- Pengerusi NPC Adakan Pertemuan dengan Presiden Dewan Negara Switzerland di Beijing
- NPC, Parlimen Persekutuan Switzerland Komited Perkukuh Kerjasama
- Naib PM China Bakal Lawat Switzerland dan Perancis
- China dan Switzerland Capai Kemenangan Bersama




