- Lain-lain
Wanita China Terima Anugerah di PBB

Qu Dongyu, ketua pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) PBB, menyampaikan anugerah kepada pejuang penggurunan China Yin Yuzhen (kanan) di ibu pejabat FAO di Rom, Itali. (Foto ihsan akaun WeChat FAO)
Kedengaran tepukan gemuruh di Dewan Plenari ibu pejabat Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) PBB di Rom, Itali, meraikan 100 Wirawati Sistem Agromakanan dan Pembangunan Luar Bandar. Daripada 609 calon dari 131 negara anggota FAO, 100 orang terpilih untuk menerima penghormatan ini. Tiga wanita China – Yin Yuzhen, Dong Minfang, and Yu Jinxiu – turut tersenarai, mengharumkan nama negara sebagai yang paling banyak bilangan penerima.
Setiap wanita yang dicalonkan telah membuat sumbangan yang memajukan pembangunan kawasan desa melalui jalan tersendiri. Selama lebih 40 tahun, Yin berhempas-pulas menahan pemindahan pasir di Gurun Mu Us, wilayah autonomi Mongolia Dalam. Dong Minfang pula meninggalkan kerjaya bergaji tinggi di bandar lalu pulang ke kampung halaman untuk memperjuangkan pengeluaran bijirin, menggalakkan pemesinan pertanian, dan menambah pendapatan pekebun kecil. Manakala, Yu Jinxiu yang telah lebih dua dekad mempromosikan terapi moxibustion Qichun – satu warisan budaya tak ketara peringkat negara – telah melatih lebih daripada 30,000 pengamal di samping mengembangkan industri mugwort tempatan untuk memperbanyak peluang pekerjaan buat wanita, orang kurang upaya, dan lain-lain kumpulan yang kurang berpeluang.
Walaupun cara masing-masing berbeza, mereka bertiga mempunyai satu misi iaitu memulihkan tanah yang merosot, mengukuhkan keselamatan makanan, serta memperkasakan komuniti melalui ketabahan dan inovasi.

Seorang penduduk kampung mempamerkan bakul buatan tangan di sebuah bengkel di kampung Matou, kaunti Xin’an, Luoyang, provinsi Henan, tengah China. (Foto/Zhang Guanghui)
Pada majlis penyampaian anugerah, ketua pengarah FAO Qu Dongyu menegaskan bahawa wanita memainkan peranan penting dalam seluruh sistem agromakanan, bermula daripada menjamin keselamatan makanan dan menguruskan sumber asli hinggalah memajukan pembangunan luar bandar dan meningkatkan ketahanan komuniti.
Merata China, peranan penting yang dimainkan oleh wanita dalam pertanian dan pembangunan desa dicerminkan dalam begitu banyak kisah dunia sebenar.
Wanita telah menjadi fokus utama usaha pembasmian kemiskinan di China, malahan daya penggerak dalam kebangkitan kawasan luar bandar. Daripada hampir 100 juta rakyat yang telah bebas daripada kepompong kemiskinan, kira-kira separuh adalah wanita.

Petani menuai kulat buluh di kampung Shaojia, kaunti Yongfeng, Ji’an, provinsi Jiangxi, timur China. (Foto/Yuan Xuebin)
Garis Panduan Pembangunan Wanita di China (2021-2030) menggesa usaha lebih hebat untuk mempertingkat kemahiran dan kemampuan wanita di luar bandar, sambil menyokong penglibatan mereka dalam pemodenan pertanian dan kawasan desa. Sejajar dengan pelaksanaan dasar-dasar sokongan berkenaan, perlindungan hak dan kepentingan wanita di luar bandar turut diperkasakan.
- China Tegaskan Komitmen Lindungi Hak Wanita pada Sesi ke-62 UNHRC
- Pelbagai Acara Diadakan Merata China Sempena Hari Wanita
- Ucapan Xi pada Sidang Kemuncak Wanita Global Terima Pujian Pemimpin Dunia
- Pameran Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Perempuan Diadakan di Beijing
- Pusat Pembinaan Keupayaan Wanita Global Dilancarkan di Beijing
- Teknologi Pintar, Digital Perkasakan Wanita Serata Dunia
- China Contoh Baik Dalam Mempromosi Kesaksamaan Jantina: Duta Besar Panama
- "Setiap Wanita Bintang dalam Perjalanan Modenisasi Ala China"
- China Saran Komuniti Antarabangsa Tingkatkan Sinergi, Cepatkan Pembangunan Wanita
- Sorotan Ucapan Presiden Xi Jinping Semasa Upacara Pembukaan Mesyuarat Pemimpin Global untuk Wanita




