China Mahu Mainkan Peranan Konstruktif di Asia Barat Melalui Siri Lawatan Utusan

(CRI)Selasa 03 November 2026

Dalam sidang akhbar anjuran Kementerian Luar China, ada wartawan bertanya bolehkah memberi penerangan terperinci tentang siri lawatan yang akan dilakukan utusan khas China ke negara-negara di Asia Barat dan kawasan Laut Merah serta Tanduk Afrika.

Jurucakap Mao Ning berkata, bagi melaksanakan siri inisiatif dan cadangan yang dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping berhubung penggalakan keamanan dan keselamatan di Asia Barat serta 4 prinsip penglibatan konstruktif pihak-pihak berkaitan dalam penyelesaian isu hangat Afrika, Utusan Khas China bagi Hal Ehwal Asia Barat akan memulakan lawatan ke Iran, Oman dan Arab Saudi pada awal hingga pertengahan November akan datang.

Pada masa yang sama, Wakil Khas China bagi Hal Ehwal Afrika akan melawat Ethiopia, Djibouti dan Mesir.

Selain itu, Wakil Khas Kementerian Luar Negeri bagi Hal Ehwal Tanduk Afrika akan melawat Eritrea pada awal November.

Menurut Mao, siri lawatan yang akan dilakukan utusan khas dan wakil khas China ke negara-negara tersebut pada tempoh masa yang sama, bertujuan menggalakkan keamanan dan perbincangan, meredakan ketegangan, serta memainkan peranan konstruktif dalam mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau terbabit.

Video

Berita Berkaitan