Utusan Khas China Lawat Qatar

(CRI)Khamis 18 Jun 2026

Utusan Khas Kerajaan China bagi isu Asia Barat, Zhai Jun berkata China sentiasa menangani dan memelihara hubungan dengan Qatar dari perspektif strategik dan jangka masa panjang.

Pada masa sama, China bersedia bekerjasama dengan Qatar untuk melaksanakan persepakatan yang dicapai pemimpin tertinggi kedua-dua negara, bagi mengeratkan hubungan dua hala.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan dengan Menteri Negara di Kementerian Luar Qatar, Mohammed bin Abdulaziz Al-Khulaifi, sempena lawatannya ke Qatar pada 15 hingga 16 Jun.

Zhai berkata China akan terus berpegang kepada empat cadangan oleh Presiden Xi Jinping mengenai pemeliharaan dan penggalakkan kedamaian dan kestabilan di Asia Barat, meningkatkan komunikasi dan koordinasi dengan negara-negara serantau termasuk Qatar, supaya memainkan peranan membina dalam memacu pemulihan keamanan dan kedamaian di Teluk dan Asia Barat.

Sementara itu, Mohammed bin Abdulaziz Al-Khulaifimenyatakan, Qatar mementingkan hubungan persahabatan dengan China, bersedia meningkatkan kepercayaan dalam bidang politik, meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan, selain mengekalkan komunikasi tentang isu-isu serantau dan antarabangsa yang penting.

Katanya Qatar juga menyanjung tinggi peranan China dalam mengurangkan ketegangan serantau, serta bersedia bersama China untuk memelihara dan menggalakkan keselamatan dan kestabilan di kawasan Teluk dan Asia Barat.

Video

Berita Berkaitan