Laluan Pengangkutan Kontena Baharu Dalian-Asia Barat Dibuka

(CRI)Rabu 27 Mei 2026

Upacara pelancaran laluan pengangkutan kontena Dalian-Asia Barat berlangsung di terminal kontena pelabuhan Dalian pada Selasa, menandakan pembukaan rasmi laluan pengangkutan laut baharu yang menghubungkan wilayah timur laut China dengan Asia Barat.

Difahamkan, laluan pengangkutan kontena jarak jauh itu dikendalikan bersama oleh Liaoning Port Group Co dan syarikat pengangkutan laut kontena yang terbesar di dunia Mediterranean Shipping Co (MSC).

Menurut rancangan, lapan kapal kontena berkapasiti antara 20,000 hingga 24,000 TEU akan digunakan untuk laluan berkenaan, menawarkan perkhidmatan penghantaran terus ke beberapa pelabuhan besar di India, Pakistan, dan negara-negara Asia Barat seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman.

Dengan pembukaan laluan perkapalan baharu tersebut, masa transit akan dipendekkan sekurang-kurangnya 10 hari berbanding laluan transit tradisional, sekali gus banyak mengurangkan kos logistik komprehensif bagi perdagangan antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan