Jepun Mahu Teroka Struktur Organisasi Baharu untuk JSDF

(CRI)Isnin 09 November 2026

Jepun bercadang mengkaji penstrukturan semula Pasukan Pertahanan Diri Jepun (JSDF) bagi turus darat, udara dan laut bagi meneroka struktur organisasi yang baharu, sebagai usaha meningkatkan "kekuatan pertahanan" negara itu.

Perkara berkenaan didakwa dinyatakan Menteri Pertahanan Jepun, Shinjiro Koizumi ketika mengulas mengenai semakan "Tiga Dokumen Keselamatan", baru-baru ini.

Beliau berkata faktor demografi negara itu khususnya berkaitan perkembangan populasi penduduk yang semakin menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menyukarkan JSDF mempunyai jumlah anggota yang mencukupi.

Kebelakangan ini, tindakan kerajaan Jepun yang terus berdegil memperkukuh "kekuatan pertahanan' dan mempercepat pengembangan ketenteraannya telah mencetuskan kebimbangan dan bantahan masyarakat antarabangsa.

Malah, ramai rakyat Jepun tidak bersetuju dengan langkah pentadbiran Tokyo berhubung perkara berkenaan, sehingga memaksa mereka melakukan tunjuk perasaan di beberapa lokasi di Jepun.

Para peserta perhimpunan menggesa supaya kerajaan Jepun segera menghentikan cubaan memperluas pengembangan ketenteraan bagi mengelakkan ketegangan serantau daripada meruncing.

Video

Berita Berkaitan