Niat Jepun Peroleh Kapal Selam Kuasa Nuklear Dibidas

(CRI)Sabtu 17 Oktober 2026

Kenyataan pemimpin Jepun berhubung kapal selam berkuasa nuklear sekali lagi mendedahkan ambisi besar pentadbiran negara itu untuk memiliki senjata nuklear.

Jurucakap Kementerian Luar (MFA) China Mao Ning berkata demikian susulan kenyataan Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi bahawa pihaknya akan meneliti secara serius cadangan Parti Inovasi Jepun mengenai pemerolehan kapal selam kuasa nuklear.

Mao menyatakan bahawa pentadbiran Jepun menutup mata terhadap tanggungjawab antarabangsa mereka mengenai kawalan senjata nuklear, berniat melonggarkan sekatan nuklear secara berperingkat, mengukuhkan aturan 'cegah-rintang diperluas' dengan sekutu, serta ingin mengetepikan 'Tiga Prinsip Bukan Nuklear’.

Langkah seumpama itu memberi ancaman serius kepada keamanan dan kestabilan di Asia malah dunia, ujar beliau.

Video

Berita Berkaitan