Tinjauan CGTN: Lebih 90 Peratus Responden Anggap Kuil Yasukuni sebagai "Kuil Penjenayah Perang"

(CRI)Isnin 19 Oktober 2026

Pada hari pembukaan festival musim luruh Kuil Yasukuni, Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi menyumbangkan persembahan dengan nama perdana menteri, manakala Menteri Ekonomi dan Dasar Fiskal Minoru Kiuchi pula menziarahi kuil berkenaan.

Tindakan mereka mencetuskan kritikan dan bantahan keras daripada masyarakat antarabangsa.

Tinjauan pendapat umum yang dilancarkan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) mendapati bahawa 90.71 peratus responden menyeru media antarabangsa menggunakan istilah “Kuil Penjenayah Perang” apabila melaporkan isu Kuil Yasukuni, bagi mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap kebangkitan semula militarisme Jepun.

Menurut keputusan tinjauan tersebut, 88.53 peratus responden berpendapat tindakan ahli politik Jepun tersebut adalah untuk "mengindahkan" sejarah pencerobohan dan membalikkan keputusan terhadap jenayah perang; manakala 87.38 peratus responden percaya tindakan salah ahli politik Jepun seperti Sanae Takaichitelah melukai perasaan rakyat negara jiran yang pernah menjadi mangsa pencerobohan militarisme Jepun.

Tinjauan tersebut dilancarkan menerusi platform CGTN dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia. Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 7,475 responden telah mengambil bahagian dan berkongsi pandangan mereka.

Video

Berita Berkaitan