Xi Ucap Tahniah Ulang Tahun ke-120 Universiti Jinan

(CRI)Isnin 16 November 2026

Presiden China, Xi Jinping berharap Universiti Jinan dapat terus menyemarakkan tradisi patriotik, meningkatkan kualiti dan tahap pengajaran serta mengekalkan ciri khas pendidikan hingga memperkukuh pembangunan bakat belia dari Hong Kong, Macau, dan Taiwan.

Beliau menzahirkan harapan tersebut menerusi surat tahniah kepada pensyarah, mahasiswa, kakitangan dan alumni Universiti Jinan sempena sambutan ulang tahun ke-120 penubuhan universiti berkenaan pada Isnin.

Xi turut menyeru agar Universiti Jinan terus memberi sumbangan baharu untuk memacu solidariti dengan perantau China dan mewujudkan modenisasi ala China.

Ditubuhkan pada 1906, Universiti Jinan telah melahirkan ramai bakat cemerlang dari lebih 170 negara serta wilayah termasuk Hong Kong, Macau dan Taiwan sepanjang 120 tahun penubuhannya.

Video

Berita Berkaitan