- Lain-lain
Xi Seru Buka Lembaran Baharu dalam Pembangunan GBA

Presiden China Xi Jinping menyeru agar usaha berterusan dipergiat bagi memajukan pembangunan bersepadu sepanjang muara Sungai Mutiara dan menyingkap lembaran baharu dalam pembangunan berkualiti tinggi Kawasan Teluk Besar (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macau.
Beliau membuat kenyataan itu ketika melakukan tinjauan di bandar Zhongshan, provinsi Guangdong, selatan China pada Isnin.

Apabila melawat pulau buatan projek Shenzhen-Zhongshan Link, iaitu lintasan merentasi laut yang menghubungkan Shenzhen, Zhongshan dan Guangzhou, Xi menekankan keperluan untuk meningkatkan lagi pengurusan dan operasi kemudahan pengangkutan mega itu bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pembangunan GBA.

Ketika berada di sebuah taman perindustrian di Zhongshan, Xi diberi taklimat mengenai usaha setempat untuk menggerakkan transformasi dan penaiktarafan industri tradisional dan membangunkan sektor memuncul.
Usaha membina GBA merupakan perancangan strategik utama, kata beliau sambil menyeru agar bandar di sepanjang muara Sungai Mutiara termasuk Guangzhou, Shenzhen, Zhuhai, Dongguan dan Zhongshan memainkan peranan sebagai perintis pembangunan.
Xi turut menzahirkan harapan agar Zhongshan merebut peluang ini untuk menjadikan reformasi dan inovasi sebagai penggerak utama, menambah baik mekanisme kerjasama antara wilayah, mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif serta memperkasa integrasi antara inovasi teknologi dan inovasi perindustrian.
- Xi Tekankan Penaiktarafan Perbandaran Ketika Tinjau di Shanghai
- HZMB Kendali Lebih 93 Juta Perjalanan Penumpang Sejak 2018
- Treler: Guangzhou Dari Sudut Pandang Pengembaran Sepanyol
- Sukan Jana Peluang Kerjasama kepada Kawasan Teluk Besar
- Inovasi Teknologi Pacu Industri Limau Bali di Meizhou
- Strategi Pembangunan SAR Macau Perlu Selari dengan FYP ke-15 Negara - Xi
- Xi Dengar Laporan Kerja Ketua Eksekutif Hong Kong
- GBA Guangdong-Hong Kong-Macau Sasar Jadi Hab Inovasi Teknologi
- Kawasan Teluk Besar Pacu Pertumbuhan Ekonomi Altitud Rendah
- Xi Tinjau Usaha Inovasi Teknologi di Beijing
- Xi Adakan Tinjauan di Zhongshan, Guangdong
- Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Makau Rekod 100 Juta Perjalanan
- Macau Terima Lebih 40 Juta Pelancong pada 2025
- "Michael One Shots Chaozhou": Edisi khas Tales of Cities
- Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
- Pameran Industri Budaya Antarabangsa China Buka Tirai di Shenzhen
- Robot Manusia dalam Pelbagai Senario Penggunaan di Shenzhen
- Mission Unlock | Ep 5: Mengapa Pencipta dari HK Bawa Prototaip ke Qianhai?
- Import dan Eksport Kawasan Teluk Besar dengan Entiti Ekonomi APEC Kekal Mantap
- Import Eksport Sembilan Bandar Tanah Besar GBA Naik 26 Peratus pada 10 Bulan Pertama




