Peng Liyuan Bawa Isteri Pemimpin Asing Menyusuri Sungai Haihe (4)

(CRI)Selasa 02 September 2025
Peng Liyuan Bawa Isteri Pemimpin Asing Menyusuri Sungai Haihe

Peng Liyuan, isteri kepada Presiden China Xi Jinping telah menghoskan satu lawatan budaya khas untuk isteri-isteri pemimpin asing pada petang Isnin sempena Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 di Tianjin.

Kesemua mereka dibawa menyusuri Sungai Haihe dengan menaiki kapal persiaran.

Peng menyambut tetamu dengan mesra, berjabat tangan dengan setiap seorang sebelum mengambil gambar berkumpulan.

Mereka kemudian menyaksikan kanak-kanak tempatan menyanyi lagu "Menunggu Anda di Tianjin" sambil mengibarkan bendera pelbagai negara.

Sepanjang pelayaran di Sungai Haihe, mereka diberi penerangan mengenai sejarah dan perkembangan pembangunan Tianjin.

Peng menyifatkan Tianjin sebagai sebuah bandaraya yang menggabungkan kemodenan dan warisan sejarah, selain berkata Sungai Haihe juga menjadi saksi pembangunan Tianjin dan pertukaran pelbagai budaya.

Para tetamu pula menzahirkan penghargaan terhadap budaya tradisional China yang cemerlang, sambil memuji hasil ketara dan signifikan yang dicapai dalam usaha memajukan modenisasi ala China.

Para tetamu yang menyertai lawatan tersebut termasuk isteri Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, isteri Presiden Uzbek Ziroatkhon Mirziyoyeva, isteri Presiden Mongolia Luvsandorj Bolortsetseg, isteri Presiden Azerbaijan Mehriban Arif gizi Aliyeva, isteri Presiden Turkiye Emine Erdogan dan isteri Perdana Menteri Armenia Anna Hakobyan.

Video

Berita Berkaitan