Malaysia Ulangi Komitmen Perkukuh Hubungan Dengan China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 25 September 2025

Oleh: Ahmad Syukri Azmi

Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad ketika menyampaikan ucaptama sempena Resepsi Sambutan Hari Malaysia pada 24 September 2025. (foto ihsan Kedutaan Malaysia di Beijing)

Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad ketika menyampaikan ucaptama sempena Resepsi Sambutan Hari Malaysia pada 24 September 2025. (foto ihsan Kedutaan Malaysia di Beijing)

Malaysia bertekad untuk terus memperkukuh hubungan dengan China, termasuk melalui kerjasama dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Demikian ujar Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad semasa menyampaikan ucapan sempena Resepsi Hari Kebangsaan Malaysia di Beijing, pada Rabu.

Beliau menekankan bahawa Malaysia menghargai sokongan berterusan China dalam pelbagai bidang, sambil menegaskan komitmen Putrajaya terhadap dasar Satu China. Tahun ini menyaksikan hubungan dua hala diperkukuh dengan lawatan balas pemimpin tertinggi kedua-dua negara, termasuk Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Norman turut menjemput rakyat China untuk melawat Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, serta menekankan kepentingan hubungan rakyat dengan rakyat dalam memperkukuh persahabatan tradisional kedua-dua negara.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Naib Menteri Luar China, Liu Bin serta Duta Besar dan diplomat dari negara-negara asing di China.

Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad dan Naib Menteri Luar China, Liu Bin memotong kek sebagai tanda perasmian majlis. (foto ihsan Kedutaan Malaysia di Beijing)

Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad dan Naib Menteri Luar China, Liu Bin memotong kek sebagai tanda perasmian majlis. (foto ihsan Kedutaan Malaysia di Beijing)

Antara makanan tradisional yang disajikan pada majlis tersebut. (People's Daily Online/Wang JIng)

Antara makanan tradisional yang disajikan pada majlis tersebut. (People's Daily Online/Wang Jing)

Video

Berita Berkaitan