- Lain-lain
Perjanjian Gencatan Senjata di Gaza Petanda Permulaan “Penyelesaian Dua Negara”
Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit pada Ahad menyatakan bahawa perjanjian gencatan senjata yang dicapai antara Hamas dengan Israel di Gaza menandakan permulaan ke arah perlaksanaan "Penyelesaian Dua Negara".
Aboul Gheit dalam kenyataan yang dikeluarkan Liga Arab memaklumkan bahawa perjanjian gencatan senjata itu amat penting bagi proses politik ke arah menubuhkan negara Palestin yang merdeka.
Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pelbagai pihak pengantara yang menyumbang kepada usaha tersebut dan mengelakkan lebih banyak pertumpahan darah.
Kenyataan sama turut menyebut bahawa Aboul Gheit akan menghadiri Sidang Kemuncak Keamanan Sharm El-Sheikh, yang dijangka akan membincangkan mengenai usaha memperkukuh perjanjian gencatan senjata di Gaza dan langkah seterusnya ke arah mewujudkan keamanan serantau yang berkekalan.
Untuk rekod, Mesir dijadual mengadakan Sidang Kemuncak Keamanan pada 13 Oktober di Sharm El-Sheikh dengan jangkaan kehadiran lebih 20 ketua negara.
- PBB Umum Pelan Bantuan 60 Hari untuk Gaza
- Guterres Gesa Tindakan Permusuhan di Gaza Dihentikan Serta-merta
- 66,000 Maut, Hampir 170,000 Cedera di Gaza
- Duta China Gesa Konflik di Gaza Ditamatkan Serta Merta
- AS Sekali Lagi Guna Kuasa Veto Halang Resolusi Isu Gaza
- China Gesa Israel Hentikan Serangan di Gaza
- China Gesa Israel Segera Hentikan Tindakan Kekerasan di Gaza
- Lebih 500 Petugas Kemanusiaan Maut di Gaza
- Setiausaha Agung PBB Kutuk Serangan Israel di Gaza Ragut Nyawa Wartawan
- Kabinet Keselamatan Israel Lulus Cadangan Netanyahu Hapuskan Hamas