Halang Cubaan Anasir Luar Campuri Isu Taiwan

(CRI)Jumaat 14 November 2025

Perdana Menteri Jepun, Takaichi Sanae baru-baru ini berkata jika Tanah Besar China menghantar armanda bagi menyatukan Taiwan, tindakan itu kononnya akan mengancam keselamatan Jepun, negara itu akan melakukan sebarang tindak balas.

Sebagai reaksi, Konsulat Jeneral China ke Osaka, Xue Jian menerusi kenyataan di media sosial menegaskan “Jika ada orang menyerbu masuk ke rumah tanpa izin, kami terpaksa memotong kepala kotornya dengan tidak ragu-ragu. Adakah awak mempunyai kesedaran macam ini?”

Kenyataan itu cukup jelas memperlihatkan pendirian tegas China berhubung cubaan campur tangan Jepun dalam isu Taiwan.

Bekas Perdana Menteri Jepun, Ishiba Shigeru juga mengkritik kenyataan yang dilontar Sanae yang dilihat cuba mengeruhkan lagi keadaan.

Shigeru berkata kerajaan Jepun sejak sekian lama mengelak mengeluarkan sebarang kenyataan jelas berhubung isu itu. Apatah lagi, tindakan berkenaan tidak membantu untuk meningkatkan kuasa Jepun.

Tak sangka, media Jepun seperti TV Asahi cuba memanipulasi isu berkenaan dengan melaporkan kononnya “Konsulat Jeneral China mengancam memotong kepala Perdana Menteri Jepun”.

Pelaporan berita yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab itu, jelas menimbulkan risiko ketegangan antara kedua-dua negara, bahkan menimbulkan salah faham antara rakyat.

Dunia perlu memahami, Taiwan pernah diduduki oleh Jepun pada 1895 ekoran armada Dinasti Qing ditewaskan tentera imperial Jepun. Sehinggalah kemenangan pada Perang Dunia ke-2 (WWII) yang telah menyaksikan Taiwan dikembalikan kepada China.

Jika diteliti, China merupakan sebuah negara yang amat menghargai dan mementingkan sejarah. Justeru, sikap yang ditonjolkan kerajaan Jepun terhadap isu Taiwan amat sensitif buat seluruh rakyat China.

Berdasarkan sejarah, Jepun pernah melakukan pencerobohan ke atas Taiwan seawal tahun 1874 dan memaksa kerajaan Dinasti Qing untuk memeterai “Perjanjian Beijing”. Muslihat itu digunakan Jepun untuk menuntut bayaran besar, kononnya sebagai “ganti rugi” atas pengunduran tenteranya.

Bagaimanapun, taktik kotor itu digunakan Jepun bagi membolehkannya menduduki satu negeri kecil antara Taiwan dengan Jepun, iaitu Kepulauan Ryukyu atau kini lebih dikenali sebagai Okinawa.

Suatu ketika dahulu, kepulauan berkenaan merupakan sebuah negeri merdeka yang mempunyai hubungan rapat dengan China. Namun pada 1875, Jepun telah menghantar delegasi ke Kepulauan Ryukyu bagi menuntut negeri berkenaan menukarkan daripada nama era China kepada nama era Jepun.

Tidak sekadar itu, Jepun juga mendesak agar Ryukyu memutuskan hubungan diplomatik dengan China, selain menghapuskan tradisi pemberian hadiah dan kurniaan daripada Maharaja China kepada Raja Ryukyu.

Akhirnya pada tahun 1879, raja Ryukyu itu telah dibawa ke Tokyo dan negeri berkenaan diduduki secara menyeluruh oleh Jepun.

Bagaimana, berikutan perjanjian antarabangsa selepas WWII, wilayah Jepun terhad hanya pada empat pulau besar dan beberapa pulau kecil yang dibenarkan oleh negara-negara pemenang.

Kepulauan Ryukyu ditadbir oleh PBB meskipun secara hakikatnya dikendalikan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) yang ditempatkan di pulau tersebut.

Kemudian, AS telah menyerahkan Kepulauan Ryukyu kepada Jepun berasaskan perjanjian dua hala, tanpa resolusi PBB pada tahun 1972. Sebagai balasan, AS mendapat hak untuk terus menempatkan tenteranya di Okinawa hingga kini.

Dari pendudukan Kepulauan Ryukyu, sebuah negeri kecil yang merdeka, hingga pencerobohan Taiwan yang jelas di bawah pentadbiran China, ambisi penjajahan Jepun telah ditunjukkan dengan jelas.

Kini, pemimpin Jepun sekali lagi mempamerkan niat sebenar mereka terhadap Taiwan.

Justeru, kerajaan China pastinya akan memberi respons yang lebih tegas berbanding kenyataan Konsulat Jeneral Xue Jian bagi memastikan sejarah pencerobohan tidak berulang.

Video

Berita Berkaitan