COP30 Lulus Dokumen Baharu, Seru Mobilisasi Global Tangani Perubahan Iklim

(CRI)Ahad 23 November 2025

Semua negara harus mengambil inisiatif dalam menangani perubahan iklim dan mempercepat pelaksanaan tindakan iklim.

Perkara itu termaktub dalam dokumen yang diluluskan sempena Sesi ke-30 Persidangan Pihak-Pihak (COP30) Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di Belem, Brazil.

Dilaporkan, Presiden COP30 Andre Correa do Lago mengumumkan kelulusan dokumen baharu mengenai mobilisasi global dalam menangani cabaran perubahan iklim pada acara penutup persidangan berkenaan pada Sabtu.

Menurut dokumen itu, menjelang 2035, negara kaya harus menggandakan pembiayaan yang disediakan mereka untuk membantu negara lain menangani perubahan iklim global.

Video

Berita Berkaitan