- Lain-lain
China, Malaysia Capai Sejumlah Konsensus Mengenai Kerjasama Maritim
China dan Malaysia mencapai sejumlah konsensus mengenai kerjasama dalam pelbagai bidang yang melibatkan maritim dalam Sesi Kedua Dialog Dua Hala China dan Malaysia mengenai Isu Maritim yang berlangsung di Beijing pada Isnin.
Sesi itu dipengerusikan secara bersama oleh Naib Menteri Luar China, Sun Weidong dan Ketua Pengarah Keselamatan Negara Malaysia, Raja Dato' Nushirwan bin Zainal Abidin dan turut dihadiri wakil-wakil dari jabatan maritim utama kedua-dua negara.
Kedua-dua pihak menghargai kemajuan positif yang dicapai dalam komunikasi dan kerjasama maritim antara China dan Malaysia sejak dialog dua hala yang pertama diadakan, dan bertukar pandangan secara mendalam mengenai situasi semasa di Laut China Selatan.
Selain itu, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk melaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, memanfaatkan lagi platform dialog dua hala dan memperkukuh kepercayaan bersama.
Ini termasuk menggalakkan kerjasama dan meningkatkan persahabatan untuk memberi sumbangan yang lebih besar dalam mengekalkan hubungan bilateral dan keamanan serta kestabilan serantau.
- Pasangan Panda Gergasi Chen Xing, Xiao Yue Tiba di Malaysia
- Dua Jenis Tren untuk ECRL Malaysia Siap Dipasang di Dalian, China
- China, Malaysia Ikrar Perdalam Kerjasama
- Tentera China bagi Latihan Bersama 'Peace and Friendship 2025' Tiba di Malaysia
- Duta Besar Malaysia Harap Lebih Banyak Produk Tradisional Tembusi Pasaran China
- China, Malaysia Bakal Lancar Latihan Bersama 'Peace and Friendship 2025'
- Malaysia Ulangi Komitmen Perkukuh Hubungan Dengan China
- TPM Malaysia Tamat Lawatan Rasmi ke China, Puji Penganjuran CAEXPO ke-22
- Timbalan Presiden China Bertemu TPM Malaysia di Nanning
- China, Malaysia Ulangi Komitmen Perkasa Kerjasama




