- Lain-lain
China, Malaysia Ikrar Perdalam Kerjasama

China bersedia merapatkan pertukaran peringkat tinggi dengan Malaysia, di samping memperkukuh penyelarasan strategi dan memperdalam kerjasama pragmatik bagi membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Demikian dinyatakan Perdana Menteri China Li Qiang ketika bertemu rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur pada Selasa.
Li berkata China menyanjung peranan penting yang dimainkan Malaysia selaku pengerusi bergilir ASEAN, dan komited bersama semua pihak melaksanakan hasil dicapai dalam siri persidangan mengenai kerjasama Asia Timur bagi menyuntik lebih banyak unsur kestabilan dan tenaga positif kepada keamanan dan pembangunan serantau.
Sementara itu, Datuk Seri Anwar merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan kukuh China sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Ujar beliau, Malaysia komited memperkasa kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi dan perdagangan, infrastruktur, sumber tenaga, perlombongan dan lain-lain, sambil berusaha memantapkan perkongsian strategik komprehensif ASEAN-China.
- China, ASEAN, Bersama Inovasi Khidmat Selia Pasaran
- Kerjasama Kukuh China, ASEAN Jana Unsur Kepastian: MFA
- Tentera China bagi Latihan Bersama 'Peace and Friendship 2025' Tiba di Malaysia
- China, Malaysia Bakal Lancar Latihan Bersama 'Peace and Friendship 2025'
- Malaysia Ulangi Komitmen Perkukuh Hubungan Dengan China
- TPM Malaysia Tamat Lawatan Rasmi ke China, Puji Penganjuran CAEXPO ke-22
- Timbalan Presiden China Bertemu TPM Malaysia di Nanning
- Mesyuarat Menteri ASEAN-China 2025 Fokuskan Pembangunan Bermutu Tinggi dalam Sektor Pembinaan
- Pelaburan antara China dan ASEAN Cecah USD450 bilion
- China, Malaysia Ulangi Komitmen Perkasa Kerjasama




