Laluan Udara Kargo Baharu Hubungkan Jiangsu, Kuala Lumpur

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 02 Disember 2025

Satu laluan udara untuk kargo yang baharu menghubungkan Nanjing di Provinsi Jiangsu dan Kuala Lumpur di Malaysia, telah memulakan operasinya pada Ahad, sekali gus menandakan satu pengembangan bagi jaringan kargo global Nanjing, lapor agensi berita Xinhua pada 1 Disember.

Dioperasikan oleh Raya Airways milik Malaysia, sebuah kapal kargo udara B767-200 yang membawa lebih daripada 38 tan barangan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lukou Nanjing ke Kuala Lumpur bagi penerbangan selama lebih lima jam.

Difahamkan, penerbangan luar secara amnya menghantar tekstil, komponen elektronik dan barangan e-dagang rentas sempadan. Manakala, penerbangan masuk pula membawa barangan segar dari Asia Tenggara seperti keretah dan ikan beku,

Lapangan Terbang Antarabangsa Lukou Nanjing ketika ini mengoperasikan tujuh laluan untuk kargo antarabangsa, termasuk ke Amsterdam, Bandar Mexico, dan Seoul.

Dengan terdapatnya jaringan baharu ke Kuala Lumpur, ia dijangka akan memperkukuh kesalinghubungan kargo udara Nanjing dengan Asia Tenggara, selain turut menyediakan saluran logistik yang lebih cekap buat syarikat e-dagang rentas sempadan di Nanjing dan kawasan sekitarnya.

Video

Berita Berkaitan