Trump Ancam Cuba Capai Persetujuan Segera Dengan AS

(CRI)Isnin 12 Januari 2026

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi memberi tekanan kepada Cuba pada Ahad, dengan mengancam negara itu akan berdepan situasi "tiada minyak, tiada dana" jika tidak mencapai persetujuan segera dengan Washington.

Untuk rekod, AS melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran terhadap Venezuela, serta menangkap presiden negara itu, Nicolas Maduro dan isterinya secara paksa pada 3 Januari.

Trump pada Ahad memberi isyarat bahawa Cuba mungkin menjadi sasaran seterusnya.

Pada 4 Januari, Trump sekali lagi mengancam Cuba apabila mengeluarkan kenyataan bahawa negara itu sukar untuk "bertahan" tanpa bekalan minyak dari Venezuela.

Video

Berita Berkaitan