China Gesa Gencatan Senjata Segera di Ukraine

(CRI)Jumaat 10 Julai 2026

China menggesa agar pihak-pihak terlibat dalam krisis Ukraine kekal tenang dan berusaha ke arah meredakan ketegangan dan mencapai gencatan senjata seawal mungkin.

Gesaan itu dibuat Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Sun Lei ketika berucap pada sesi perbahasan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai isu Ukraine pada Khamis.

Sun menzahirkan kebimbangan terhadap perkembangan isu Ukraine, sambil mendesak agar serangan terhadap orang awam dan infrastruktur awam dihentikan serta-merta.

Beliau turut menyeru pihak terlibat supaya menunjukkan komitmen politik, menyambung semula rundingan seawal mungkin serta berusaha mencapai perjanjian damai yang menyeluruh, berkekalan dan mempunyai kuasa mengikat.

Menurut beliau, China sentiasa memegang pendirian yang objektif dan adil dalam isu Ukraine dan bersedia bersama masyarakat antarabangsa memainkan peranan konstruktif bagi mendorong penyelesaian krisis menerusi saluran politik.

Video

Berita Berkaitan