- Lain-lain
'Keputusan Kes Timbang Tara LCS' Takkan Goyah Tekad China Pertahan Kedaulatan dan Kepentingan Maritim: MFA

Pendirian China untuk tidak menerima dan tidak menyertai 'kes timbang tara Laut China Selatan (LCS)' serta tidak mengiktiraf 'keputusan' kes tersebut adalah bagi memelihara kedaulatan undang-undang dan orde maritim antarabangsa.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar (MFA) Lin Jian dalam sidang media pada Selasa.
Lin berkata, keputusan yang menyalahi undang-undang itu tidak akan mengubah sejarah dan fakta bahawa China mempunyai hak kedaulatan dan bidang kuasa ke atas Nanhai Zhudao dan perairan sekitarnya.
Ia juga tidak akan menggoyahkan tekad China untuk mempertahankan kedaulatan dan kepentingan maritim sendiri, mahupun mempengaruhi dasar dan pendirian China untuk menyelesaikan pertikaian berkenaan melalui rundingan dengan negara-negara yang terlibat secara langsung.
Tambah beliau, China komited terus berusaha bersama negara serantau untuk memelihara kedamaian dan keselamatan di LCS serta mendorong kemakmuran dan pembangunan serantau.
- 'Keputusan Kes Timbang Tara LCS' Contoh Buruk Pelanggaran Undang-undang Antarabangsa: Pakar
- China Bantah Kenyataan Jepun Berkaitan 'Keputusan Kes Timbang Tara LCS'
- Laporan 'Kritik Baharu Keputusan Kes Timbang Tara LCS' Disiarkan
- Jurucakap MFA Komen Kenyataan Menteri Luar Jepun Membabitkan “Keputusan Kes Timbang Tara Laut China Selatan 2016”
- China Tidak Terima "Keputusan Kes Timbang Tara Laut China Selatan"
- China Terbitkan Laporan Pertikai Tuntutan Wilayah Filipina di Laut China Selatan
- PLA Adakan Rondaan di Sekitar Pulau Huangyan
- Penggubalan COC Langkah Kondusif: MFA
- Komando Teater Selatan PLA Laksanakan Rondaan Rutin di LCS
- PLA Jalankan Rondaan Sekitar Pulau Huangyan




