China, Kemboja Komited Perkukuh Kolaborasi Pelbagai Sektor

(CRI)Sabtu 18 Julai 2026

China dan Kemboja perlu mempergiat pembinaan 'koridor pembangunan perindustrian' dan 'koridor limpahan ikan dan beras', menaik taraf sektor tradisional seperti kuasa elektrik dan pertanian, serta memupuk industri baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital.

Presiden Xi Jinping membuat kenyataan itu semasa bertemu Perdana Menteri Kemboja Hun Manet di Shanghai pada Jumaat.

Hun Manet berada di China untuk menghadiri Persidangan Kecerdasan Buatan Sedunia (WAIC) 2026 dan Mesyuarat Peringkat Tinggi mengenai Tadbir Urus AI Global serta melakukan lawatan kerja.

Dalam pertemuan itu, Xi berkata kedua-dua pihak harus bersinergi untuk membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemalsuan, penyeludupan, perjudian dalam talian dan penipuan telekomunikasi.

Beliau turut menambah bahawa China menyokong Kemboja dan Thailand menyelesaikan konflik sempadan menerusi dialog dan rundingan, serta bersedia terus memainkan peranan yang konstruktif dalam hal ini.

Video

Berita Berkaitan