Li Qiang Ucap Tahniah kepada Perdana Menteri Britain yang Baharu

(CRI)Selasa 21 Julai 2026

Perdana Menteri China, Li Qiang mengucapkan tahniah kepada Andy Burnham atas perlantikannya sebagai Perdana Menteri Britain yang baharu.

Li ketika mengadakan perbualan telefon dengan Burnham pada Isnin berkata, China dan Britain merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu serta entiti utama ekonomi dunia.

Ujarnya, memperkukuh dialog dan kerjasama bukan sahaja akan memberi manfaat bagi pembangunan kedua-dua negara, malah turut menyuntik kestabilan kepada keamanan global.

Li berkata, pihaknya bersedia bekerjasama dengan Burnham bagi meningkatkan pertukaran dan kesalingpercayaan, serta menggalakkan interaksi dan kerjasama bagi mendorong hubungan rakan strategik komprehensif China-Britain terus berkembang demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan