China Edarkan Peraturan Pengurusan Kawasan Perlindungan Alam Pulau Huangyan

(CRI)Sabtu 01 Ogos 2026

Kementerian Sumber Alam China, Jabatan Perhutanan dan Padang Rumput Negara, Pentadbiran Pengawal Pantai China (CCG) dan kerajaan Provinsi Hainan bersama-sama mengedarkanPeraturan Pengurusan Kawasan Perlindungan Alam Peringkat Negara Pulau Huangyan, pada Sabtu.

Peraturan tersebut disusun dan diedarkan berdasarkan Peraturan Kawasan Perlindungan Alam Republik Rakyat China dan peraturan berkaitan.

Pulau Huangyan ialah sebuah pulau dari Kepulauan Zhongsha China, dan mempunyai biodiversiti serta spesies yang unik.

Pengedaran peraturan pengurusan tersebut merupakan langkah penting untuk melaksanakan tuntutan Dewan Negara, sekali gus mempunyai erti signifikan dalam memelihara kepelbagaian, kestabilan dan kelanjutan ekosistem alam semula jadi di Pulau Huangyan.

Video

Berita Berkaitan