PLA Tekad Pertahan Keutuhan Wilayah dan Kedaulatan Negara

(CRI)Isnin 27 Julai 2026

Komando Medan Selatan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) menggerakkan pasukan tentera laut dan udara untuk melaksanakan rondaan runtin di kawasan perairan Laut China Selatan.

Jurucakap Komando Medan Selatan PLA, Kapten Kanan Zhai Shichen berkata Filipina bersekongkol dengan negara luar rantau ini telah mengadakan apa yang disifatkan sebagai "rondaan bersama" sehingga dikhuatiri mengganggu gugat keadaan di Laut China Selatan serta menjejaskan keamanan dan kestabilan serantau.

Justeru, beliau berkata PLA bertekad untuk terus mempertahankan keutuhan wilayah dan kedaulatan negara serta hak dan kepentingan maritim, di samping terus memelihara keamanan dan kestabilan serantau.

Video

Berita Berkaitan