China Tuntut Filipina Segera Hentikan Provokasi dan Putar Belit Fakta

(CRI)Selasa 21 Julai 2026

Pengawal Pantai Filipina (CCG) mendakwa sebuah kapal Filipina yang terkandas secara haram di perairan berhampiran terumbu Ren'ai telah melakukan tindakan provokasi terhadap bot peronda China pada pukul 9 pagi Isnin.

Dilaporkan, ketika sebuah bot peronda kecil milik CCG menjalankan rondaan rutin kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan, sebuah kapal milik Filipina dikenali sebagai Kapal No.57 telah melepaskan dua bot getah yang kemudiannya didakwa menghampiri dan melanggar bot peronda China secara berbahaya, meskipun telah diberikan amaran beberapa kali.

Individu di atas bot tersebut turut didakwa telah menyerang anggota penguatkuasa China menggunakan dayung dan kayu panjang.

CCG dilaporkan telah mengambil tindakan mengikut undang-undang, termasuk mengeluarkan amaran, mengelak dan kemudian melakukan tindak balas yang disifatkan setimpal bagi mengawal keadaan.

Bagaimanapun Filipina didakwa telah memutarbelitkan fakta dan menuduh China berhubung insiden tersebut.

Justeru China menggesa Filipina menghentikan tindakan yang didakwa mencabul kedaulatan serta menghentikan provokasi dan penyebaran maklumat palsu.

CCG menegaskan pihaknya akan terus melakukan aktiviti penguatkuasaan di Laut China Selatan, termasuk terumbu Ren'ai dan kawasan sekitarnya, dengan tegas mempertahankan kedaulatan wilayah negara dan kepentingan maritim.

Video

Berita Berkaitan